Tetikus HyperX Pulsefire FPS Dilancarkan – Tetikus Pertama Keluaran HyperX

Tetikus HyperX Pulsefire FPS Dilancarkan – Tetikus Pertama Keluaran HyperX

Diterbitkan pada Apr 25, 2017 oleh .

Kingston ialah nama besar dalam dunia penghasilan modul RAM untuk PC. RAM keluaran mereka dengan jenama HyperX dihasilkan untuk PC berprestasi tinggi. Sejak 2014 mereka mula menghasilkan aksesori PC yang mensasarkan penggemar permainan PC. Hari ini mereka melancarkan tetikus HyperX Pulsefire FPS.

Pulsefire FPS ialah tetikus pertama keluaran mereka dan sekali lagi mensasarkan golongan penggemar permainan PC. Tetikus berwayar ini  mempunyai empat tetapan DPI iaitu 300, 800,1600 dan 3200. Leser optikal PixArt 3310 dipadankan dengan suis Omron yang mampu bertahan sehingga 20 Juta klik.

Selain daripada itu bahagian sisi diperbuat daripada getah, dua butang tambahan sisi dan sokongan lampu berwarna merah. HyperX Pulsefire FPS dijual pada harga $50 (~RM 218) sebuah.


TIPS & ULASAN