Cari @ Amanz

123RF123RF merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan stockphoto, dan pada tahun ini mereka dilihat menambah beberapa perkhidmatan baru dibawah portfolio mereka. Selepas mengambil-alih laman jual-beli bahan kreatif, TheHungryJPEG pada Mac lepas, kini hari ini mereka telah mengambil-alih Pixlr.

Pixlr merupakan salah satu penyunting gambar berasaskan awan dan juga ditawarkan untuk iOS, Android, serta Windows. Beberapa penawaran terdapat dibawah Pixlr, termasuk Pixlr Editor, Pixlr-O-Matic dan juga Pixlr Express. Perkhidmatan ini telah dimulakan pada 2008 yang lepas, dan pada 2011, Autodesk telah mengambil-alihnya.

Kini, pada 2017, 123RF dari Malaysia telah mengambil-alihnya daripada Autodesk, tetapi harga pengambil-alihan tidak diumumkan.

Dengan pengambil-alihan ini, Pixlr dilihat akan terus beroperasi seperti biasa, selain turut menerima sokongan komuniti daripada 123RF.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd