Di CES yang lalu Sennheiser melancarkan fon telinga AMBEO SmartSurround yang menyokong sistem audio 3D. Pada waktu tersebut fon telinga ini hanya diumumkan untuk peranti iOS dengan sambungan menggunakan kepala Lightning. Pihak Sennheiser semalam mengumumkan kerjasama dengan Samsung bagi menghasilkan fon telinga audio 3D ke platform Android.
Kerjasama dengan Android dilakukan bagi meningkatkan kredibiliti projek yang sedang dibangunkan. CEO Sennheiser, Andreas Sennheiser dipetik menyebut keputusan untuk akhirnya menyokong peranti Android diambil kerana ia adalah sistem operasi paling dominan pada waktu sekarang. Samsung mungkin dipilih kerana mempunyai pengalaman menghasilkan peranti realiti maya Gear VR dan kamera Gear 360 yang kedua-duanya boleh menggunakan teknologi audio 3D dengan lebih meluas.