Angry Birds Islands – Permainan Membina Bandar Seumpama Clash of Clans?

Angry Birds Islands – Permainan Membina Bandar Seumpama Clash of Clans?

Diterbitkan pada Apr 25, 2017 oleh .

Angry Birds sedia mempunyai sejumlah variasi permainan, daripada menentang watak babi hijau, sehingga kepada perlumbaan dan sebagainya. Kini, pembangunnya juga dilihat turut hadir dengan sebuah permainan baru dinamakan Angry Birds Islands, dan memfokuskan kepada pembangunan bandar melaluinya.

Buat masa ini, permainan ini dilancarkan di Taiwan dan Jepun sahaja.

Melalui Angry Birds Islands, pengguna boleh membina bandar, selain menghantar skuad untuk mencari bahan, selain menyelamatkan pekerja lain untuk digunakan dalam pembinaan. Permainan ini juga dijangka bakal mengintegrasikan sokongan multiplayer pada masa akan datang.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak pembangunnya akan menawarkan permainan ini pada peringkat global. Seperti pelbagai permainan Angry Birds lain, ia ditawarkan percuma, tetapi hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi.


TIPS & ULASAN