Carian
UK Juga Bakal Menjadi Mangsa Larangan Membawa Peralatan Elektronik Di Dalam Penerbangan Ke Amerika Syarikat
April 25, 2017 Effi Saharudin

Pada penghujung Mac lalu, penumpang yang ingin terbang ke Amerika Syarikat dari lapangan terbang Mesir, Jordan, Kuwait, Maghribi, Qatar, Arab Saudi, Turki dan Emiriah Arab Bersatu dilarang membawa peralatan elektronik. Hanya peranti kecil di bawah saiz 16 x 9.3 cm dibenarkan di bawa masuk. Selepas Amerika Syarikat, United Kingdom turut mengeluarkan larangan yang sama kepada penerbangan dari Turki, Lubnan, Mesir, Arab Saudi, Jordan dan Tunisia.

Hari ini akhbar The Guardian melaporkan kerajaan Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan larangan peralatan elektronik yang sama bagi penumpang dari UK yang ingin memasuki negara mereka. Sekiranya ia dikuatkuasakan, ianya pasti mendatangkan kemarahan dari penumpang dari UK. Ini mungkin juga ironi kerana UK ialah sekutu kuat AS di dalam perang menentang keganasan.

Komen