Cari @ Amanz

Apple baru-baru ini dilihat telah mengambil Jeff Norris dari NASA dalam usaha untuk meneruskan pembangunan teknologi augmented reality di syarikat teknologi gergasi berkenaan.

Jeff Norris sebelum ini telah membangunkan beberapa projek NASA, termasuk membangunkan set kepala untuk santis mendapatkan pengalaman seumpama di planet Marikh, selain menawarkan HoloLens kepada angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa. Beliau telah menyertai NASA pada 1999 yang lepas, dan turut membantu dalam membangunkan perisian untuk mengawal rover untuk eksplorasi di Marikh.

Di Apple. Norris akan menyertai pasukan lain yang terdiri daripada bekas pekerja Dolby Labs, Oculus dan lain-lain. Menurut laporan sebelum ini, Apple sedang membangunkan kaca AR tersendiri yang boleh berhubung ke telefon pintar, selain mengintegrasikan sokongan AR terus ke iPhone.

Tim Cook sendiri dilihat berminat dengan arena AR – yang mana membolehkan objek maya dipaparkan pada paparan dunia nyata. Tim Cook turut pernah mengatakan AR bakal menjadi sebahagian daripada kehidupan harian semua pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd