Spotify Untuk Android Dikemaskini Untuk Menyokong Mod “Behind The Lyrics”

Spotify Untuk Android Dikemaskini Untuk Menyokong Mod “Behind The Lyrics”

Diterbitkan pada Apr 26, 2017 oleh .

Semasa membesar di dekad 90an, kami gemar menonton siri Pop-Up Videos di saluran VH1. Menerusi rancangan ini, penonton dapat mempelajari fakta di sebalik pembikinan video dan lagu itu tersendiri. Fungsi seperti ini akhirnya disokong pada aplikasi Spotify untuk Android.

Fungsi Behind The Lyrics akan memberikan fakta mengenai bagaimana lagu yang didengari dihasilkan serta rahsia di sebalik lirik. Ia sebelum ini hanya disokong pada aplikasi iOS. Spotify bekerjasama dengan lama Genius untuk membawakan fakta-fakta yang menarik. Buat masa ini ia hanya disokong pada senarai main Behind the Lyrics: Hip Hop dan Today’s Top Hits. Kemaskini akan diberikan secara berperingkat. Setakat pagi ini kami masih belum menerimanya.


TIPS & ULASAN