Cari @ Amanz

Dron yang digunakan untuk mengambil video dan gambar kini digunakan dengan meluas. Masalah yang dialami oleh pengguna dron ialah menyimpan video serta gambar yang diambil dengan selamat ketika di lapangan. Oleh itu DJI bekerjasama dengan Seagate untuk menghasilkan cakera keras DJI Fly Drive.

Cakera keras mudah alih ini mempunyai storan sebesar 2 Terabyte. Uniknya mengenai cakera keras mudah alih ini ialah ia mempunyai slot pembaca kad MikroSD terbina. Segala data yang tersimpan dari kad MikroSD dron boleh dipindahkan terus ke dalam Fly Drive tanpa komputer.

Fly Drive turut mempunyai rekaan tahan lasak bagi memastikan ia dapat bertahan ketika dibawa ke mana-mana sahaja. Turut disertakan ialah langganan Adobe Premiere Pro CC selama dua bulan. DJI Fly Drive dijual pada harga $120 (~RM 524) sebuah pada musim panas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd