Cari @ Amanz

ZTE Axon 7s diumumkan pada 19 April yang lalu tetapi aneh sekali pihak ZTE tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai spesfikasinya. Selepas hampir seminggu baru maklumat spesifikasi diketahui. Ia dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED QHD, pemproses Snapdragon 821, RAM 6GB dan storan 128 GB.

Berbeza dari Axon 7, Axon 7s dilengkapi sistem dwi-kamera pada bahagian belakang. Sensor 20-Megapixel Sony IMX350 dipadankan dengan sensor 12-Megapixel Sony IMX368 masing-masing dengan lensa f/1.8. Kamera utama ini mampu merakam video pada resolusi 4K. Kamera selfie pula menggunakan sensor 8-Megapixel. Bateri sebesar 3400 mAh digunakan dengan sokongan QuickCharge 3.0 melalui port USB-C.

Sistem audio stereo dikekalkan tetapi dengan kekisi pembesar suara yang dikemaskini. Peranti ini juga menyokong platform realiti maya Google Daydream. Akhir sekali ZTE Axon 7s menggunakan Android 7.0 dengan pelancar MiFavor 4.0. Tiada maklumat mengenai harga jualan setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd