Cari @ Amanz

Power bank dapat memanjangkan hayat penggunaan peranti. Terdapat pelbagai jenama di pasaran dengan kapasiti yang berbeza. Tetapi sekiranya anda memerlukan power bank yang dapat bertahan lama dan mengecas pelbagai peranti, Orico MOUPS ialah yang anda nanti-nantikan.

Power bank gergasi ini hadir dengan kapasiti 50,000 dan 100,000 mAh. Ia mempunyai empat port USB-A yang menyokong pengecasan pantas sehingga 19 Watt. Terdapat juga aksesori lampu LED dan panel solar yang membolehkan MOUPS dicaj ketika di luar. Harga jualan untuj model 50,000 mAh ialah RMB 1299 (~RM 821) manakala untuk 1000,00 mAh pula ialah RMB 1999 (~RM 1264).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd