Pihak Capcom hari ini mengumumkan tarikh pelancaran Marvel vs Capcom : Infinite. Permainan beat ’em up ini akan menemui peminat pada 19 September hadapan di platform PlayStation 4, Xbox One dan Steam.
Permainan ini akan memaparkan watak-watak adiwira Marvel dan watak permainan popular Capcom. Grafik kini 3D sepenuhnya dan bukan lagi 2D seperti permainan Marvel vs Capcom sebelum ini.