Cari @ Amanz

Oppo R9s sedia ditawarkan di Malaysia sejak awal tahun 2017 ini, dan kini syarikat pengeluar terkemuka dari China berkenaan dalam persiapan untuk memperkenalkan Oppo R9s Black Edition untuk pasaran tempatan.

Oppo R9s

Oppo R9s hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, cip Snapdragon 652, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia turut menggunakan kamera hadapan dan belakang 16-megapixel, serta turut dilengkapi ciri-ciri seperti pengimbas cap jari dihadapan, dan pengecasan pantas.

Di Malaysia, Oppo R9s sebelum ini telah dijual pada harga RM1798. Berkemungkinan, kita akan melihat penawaran harga sama untuk Oppo R9s Black Edition ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd