Cari @ Amanz

September tahun lalu sistem Google Neural Machine Translation (GNMT) diperlihatkan bagi memberikan alih bahasa Mandarin ke Inggeris dengan lebih tepat. Sistem ini menganalisa keseluruhan ayat mengikut konteks bagi memberikan alih bahasa yang lebih tepat.

Sistem GNMT kini menambah sokongan untuk Bahasa Indonesia, Bengali, Gujarati, Kannada, Malayalam, Marathi, Punjabi, Tamil dan Telugu. Ini membawakan sokongan GNMT kepada 20 bahasa kesemuanya. Google turut berkongsi bahawa sistem Google Translate yang terbina di dalam pelayar Chrome digunakan untuk mengalih bahasa 150 juta laman setiap hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd