Cari @ Amanz

Twitter sedia menjadi salah satu destinasi utama pengguna dalam mendapatkan berita dan info semasa yang lebih pantas berbanding perkhidmatan lain seperti Facebook yang lebih memfokuskan kepada berita yang tular dan sebagainya.

Kini, menurut laporan baru, Twitter dikatakan sedang dalam persiapan untuk menyiarkan rancangan video 24 jam secara langsung melalui platform mereka – sekaligus memudahkan pengguna mengetahui apakah yang sedang diperkatakan dan berlaku di seluruh dunia.

Twitter sendiri sebelum ini telah memeterai perjanjian dengan beberapa syarikat e-sukan untuk menyiarkan perlawanan secara langsung melalui platform berkenaan – disamping pernah menyiarkan beberapa perlawanan sukan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, perkara ini dilihat akan memfokuskan pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu disebabkan oleh kekangan perlesenan dan kandungan – dan sekiranya berjaya mungkin mengambil masa yang lama sebelum hadir ke pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd