Instagram Kini Mempunyai Lebih 700 Juta Pengguna Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Apr 26, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram kini menjadi salah satu platform sosial yang memperlihatkan perkembangan angka pengguna dengan pantas. Selepas mengumumkan pencapaian angka pengguna seramai 600 juta pengguna pada Disember 2016 lepas, hari ini perkhidmatan sosial yang dimiliki Facebook berkenaan mengumumkan penambahan 100 juta pengguna baru.

Seperti ramai sedia ketahui, Instagram kini telah menjadi salah satu laman sosial yang disertai ramai pengguna – apatah lagi dengan ciri-ciri seperti siaran langsung Instagram Live, serta Instagram Stories yang membolehkan perkongsian gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam.

Ini juga terus mengukuhkan lagi kedudukan perkhidmatan sosial berkenaan, selain bersaing dengan aktif bersama perkhidmatan lain seperti Snapchat dan sebagainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami