Motorola Pernah Ingin Membangunkan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Sebelum Ini

Motorola Pernah Ingin Membangunkan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Sebelum Ini

Diterbitkan pada Apr 27, 2017 oleh .

Pada tahun 2011, ia menyaksikan Sony hadir dengan sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada permainan video, iaitu Xperia Play. Kini, nampaknya, selain daripada Sony, pihak Motorola juga pernah melihat ke arena berkenaan.

Terkini, melalui sebuah gambar yang hadir, ia dilihat Motorola pernah membangunkan sebuah konsep untuk telefon pintar memfokuskan permainan pada 2011 yang lepas. Maklumat penuh mengenainya tidak diketahui, tetapi ia dilihat menawarkan saiz skrin yang besar, selain sokongan kamera hadapan yang boleh diluncurkan.

Motorola Gaming Phone

Tiada maklumat penuh yang dikeluarkan mengenainya. Apa pun, selepas itu, Motorola mungkin membatalkannya, apatah lagi syarikat mereka telah dijual kepada Google, dan kini dimiliki oleh Lenovo.

Mungkin langkah tidak mengeluarkan telefon berkenaan adalah salah satu langkah yang baik dari segi penerimaan, apatah lagi Xperia Play sendiri dilihat kurang popular berbanding beberapa peranti yang lain membuatkan Sony tidak meneruskan pengeluaran peranti berkenaan.

Motorola Gaming Phone


TIPS & ULASAN