Cari @ Amanz

Seperti dinantikan, hari ini pembangun Call of Duty telah mengeluarkan video trailer pertama untuk permainan akan datang mereka, iaitu Call of Duty : WWII. Seperti pada namanya, permainan baru ini kembali kepada latar masa sekitar perang dunia kedua seperti permainan asal pada siri ini.

Sekiranya anda mengikuti siri permainan ini, mungkin sedia maklum akan mengenai popularitinya yang semakin merudum akhir-akhir ini disebabkan oleh fokus permainan berkenaan ke arah latar masa moden dan futuristik, yang kurang menarik minat pengguna. Sejak daripada 2007 lepas, COD menggunakan latar masa moden untuk permainan berkenaan, dan semestinya kembalinya ke era perang dunia kedua ini dinantikan dan disukai ramai. Seperti kebanyakkan penerbit permainan, untuk COD : WWII ini juga, sejumlah kajian telah dilakukan dalam mengintegrasikan latar masa dan permainan yang menghampiri perkara sebenar.

Permainan Call of Duty : WWII ini akan ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia bermula 3 November 2017 ini. Ia bakal ditawarkan untuk platform PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd