Asus Zenfone AR Dengan Sokongan Project Tango Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Asus Zenfone AR Dengan Sokongan Project Tango Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 27, 2017 oleh .

Telefon pintar dengan sokongan augmented reality AR Malaysia bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, kita telah melihat penawaran Lenovo melalui Phab2 Pro yang menggunakan teknologi daripada Google dinamakan Project Tango, dan kini Asus turut dilihat dalam persiapan untuk memasarkan telefon pintar dengan integrasi Project Tango mereka, Asus Zenfone AR.

Asus Zenfone AR

Baru-baru ini, Asus Zenfone AR telah pun melepasi pengesahan Sirim di Malaysia, memperlihatkan ia bakal dijual di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Selain sokongan AR, Asus Zenfone AR ini turut menyertakan spesifikasi berkuasa, seperti penggunaan cip Snapdragon 821 dan memori sehingga 8GB RAM. Ia menggunakan skrin 5.7-inci pada paparan resolusi WQHD, bateri berkapasiti 3300mAh, dan storan sehingga 256GB. Selain sokongan AR, telefon pintar ini juga hadir dengan sokongan realiti-maya melalui fungsi Google Daydream.

Model khusus apakah yang bakal ditawarkan di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Kami mendengar desas-desus awal mengatakan ia bakal dipasarkan sekitar Mei atau Jun 2017 ini.


TIPS & ULASAN