Cari @ Amanz

DJI hari ini dilihat telah mula menghantar jemputan media kepada media antarabangsa untuk suatu acara yang dijadualkan pada 24 Mei 2017 kelak. Apakah yang bakal diumumkan masih menjadi tanda tanya, dan tiada sebarang petanda diberikan oleh pengeluar dron berkenaan.

Tetapi, jikalau mengikut ketirisan baru-baru ini, DJI mungkin memperkenalkan dron bersaiz kompak mereka pada acara berkenaan.

DJI Spark

Melalui apa yang tertiris, ia dilihat dron berkenaan akan memudahkan pengguna membawanya kemana-mana, selain turut tidak mustahil ia memfokuskan kepada arena selfie seperti beberapa dron lain di pasaran. Harganya juga mungkin murah berbanding beberapa dron lain keluaran DJI.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 24 Mei 2017 ini untuk melihat sendiri apakah yang bakal diumumkan oleh DJI.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd