Cari @ Amanz

Majlis Perbandaran Ampang Jaya menguruskan sekitar 14,000 petak parkir, dan kini dalam usaha memudahkan pengguna membuat pembayaran dan menyemak status pembayaran mereka, MPAJ telah melancarkan sebuah aplikasi khusus dinamakan MPAJ Parking.

MPAJ Parking

Melalui aplikasi MPAJ Parking, pengguna boleh membuat pembayaran kotak parkir terus melaluinya, selain turut menyemak masa baki untuk tempoh letak kenderaan yang telah dibayar. Pengguna juga turut boleh menetapkan untuk menerima notifikasi apabila menghampiri 10 minit terakhir sebelum perlu dibayar atau mengeluarkan kenderaan mereka.

Menurut penyenaraian aplikasi berkenaan, ia dikatakan akan turut menyokong pembayaran kompaun pada masa akan datang.

Bagi anda yang menetap di kawasan bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakannya dalam memudahkan pengurusan pembayaran tempat letak kenderaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd