DLC Kuil Buddha Street Fighter V Ditarik Semula Kerana Mengandungi Bacaan Al Quran

DLC Kuil Buddha Street Fighter V Ditarik Semula Kerana Mengandungi Bacaan Al Quran

Diterbitkan pada Apr 27, 2017 oleh .

Thailand ialah negara dengan majoriti penganut agama Buddha. Penganut agama Islam pula boleh ditemui pada bahagian selatan. Sekiranya anda pernah bermain siri Street Fighter II, anda pasti pernah menentang Sagat di sebuah kuil Buddha di Thailand. Stage Temple Hideout, ini dihasilkan semua sebagai sebuah DLC untuk Street Fighter V semalam.

Ia dengan segera telah ditarik semula oleh pihak Capcom selepas pemain beragama Islam menyedari muzik latar belakang Temple Hideout mengandungi alunan syahadat dan beberapa potongan ayat Al Quran. Agak jelas kedengaran “Allahu Akhbar” pada permulaan muzik latar. Temple Hideout kini tidak lagi boleh dimuat turun bagi mengelakkan sebarang kontroversi.


TIPS & ULASAN