Meizu E2 Dilancarkan – Diperkasakan Pemproses Helio P20

Meizu E2 Dilancarkan – Diperkasakan Pemproses Helio P20

Diterbitkan pada Apr 27, 2017 oleh .

Meizu E2 dilancarkan di China semalam dan ia merupakan sebuah peranti 5.5″ HD penuh, pemproses MediaTek Helio P20. RAM 3/4GB dan storan 32/64 GB. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel f/2.2 dengan empat flash LED dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.0.

Peranti ini diperbuat sepenuhnya daripada logam dengan bateri sebesar 3400 mAh. Sokongan pengecasan pantas mCharge 18 Watt disertakan. Bagi yang memerlukan pengimbas cap jari, ia disertakan pada bahagian dagu. Akhir sekali ia menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar Flyme 6. Harga jualan ialah RMB 1299 (RM 820) untuk versi 32 GB dan RMB 1599 (~RM 1009) untuk versi 64GB.


TIPS & ULASAN