Cari @ Amanz

DHL sebelum ini sedia terkenal dengan penghantaran antarabangsa, dengan menawarkan perkhidmatan perhantaran yang berkualiti, pantas, dan selamat. Hari ini, DHL eCommerce iaitu salah satu divisi syarikat di bawah DHL telah melancarkan perkhidmatan penghantaran secara domestik, yang kini boleh dinikmati oleh pengguna di Malaysia.

Perkhidmatan eDagang atau eCommerce boleh dikatakan sedia menjadi lumrah bagi rakyat Malaysia, yang kini mencatatkan kira-kira 7 juta pengguna membeli secara atas-talian setiap bulan. Perkara ini amat memberi peningkatan kepada penggunaan perkhidmatan penghantaran, dan DHL turut ingin mengambil peluang dalam perkembangan eDagang pada hari ini.

Sebagai langkah DHL eCommerce di Malaysia untuk menjayakan perkhidmatan ini, mereka telah menyediakan empat kemudahan depot di beberapa lokasi utama seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Cheras, dan Puchong. Ia membolehkan penghantaran di buat secara sehari bagi semua kawasan di Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor, serta penghantaran dalam masa dua ke empat hari untuk lokasi-lokasi lain di Malaysia Barat dan Timur.

Dengan pelancaran perkhidmatan penghantaran di Malaysia, DHL eCommerce dapat memberi manfaat kepada pengguna di Malaysia untuk menikmati kemudahan penghantaran yang konsisten dan berkualiti tinggi. Ia memberi pilihan penghantaran domestik baru kepada pengguna selepas Poslaju, GD Express, dan Ta-Q-Bin yang sedia bertapak dalam area perkhidmatan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd