ZTE Blade V8 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM 999
ZTE

ZTE Blade V8 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM 999

Diterbitkan pada Apr 27, 2017 oleh .

Sistem kamera berkembar biasanya ditemui pada peranti-peranti utama. Tetapi sejak kebelakangan ini ia mula disertakan sebagai fungsi standard pada peranti-peranti Android. Hari ini ZTE Blade V8 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan ia sebuah peranti kelas permulaan yang turut menyokong sistem dwi-kamera.

ZTE Blade V8 dilengkapi skrin 5.2″ HD Penuh, pemproses Snapdragon 435, RAM 3 GB dan storan 32 GB dengan sokongan kad MikroSD. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13+2 Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 13-Megapixel f/2.2. Kedua-dua kamera menggunakan sensor Sony IMX258. Melengkapi spesifikasi peranti ini ialah bateri sebesar 2730 mAh tanpa sokongan pengecasan pantas.  Peranti ini menggunakan Android Nougat dengan pelancara MiFavor 4.2. ZTE Blade V8 mula dijual hari ini pada harga RM 999 sebuah.


TIPS & ULASAN