Cari @ Amanz

Facebook Lite merupakan sebuah aplikasi khusus yang disediakan oleh Facebook dalam menawarkan sebuah aplikasi yang boleh beroperasi lancar pada peranti berspesifikasi rendah, dan pada talian internet yang perlahan. Ia sedia digunakan oleh ratusan juta pengguna seluruh dunia, dan seperti biasa, sejumlah ciri-ciri baru sering ditambah pada aplikasi ini.

Facebook Reactions

Terkini, melalui kemaskini terbaru, Facebook Lite menambah sokongan Reactions. Bagi yang tidak mengenalinya, ia merupakan emoji tambahan yang dipaparkan kepada pengguna, sebagai alternatif untuk butang “Like”. Ia telah diperkenalkan kepada semua pengguna aplikasi Facebook dan di web sejak tahun lepas, dan kini ia turut boleh digunakan pada Facebook Lite.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Facebook Lite, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd