Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi Note 2. Ia telah dilancarkan di China pada penghujung tahun lepas, dan ia menarik untuk melihat akhirnya peranti ini hadir pasaran tempatan.

Xiaomi Mi Note 2

Xiaomi Mi Note 2 hadir dengan rekaan skrin tepi melengkung lebih kurang seperti Samsung Galaxy S7 Edge. Ia menggunakan skrin 5.7-inci OLED, dijana menggunakan cip Snapdragon 821, memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan 128GB, dan dilengkapi bateri berkapasiti 4070mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 22.56-megapixel dengan sokongan penstabilan imej elektronik, selain sokongan audio berkualiti tinggi.

Xiaomi Mi Note 2

Xiaomi Mi Note 2

Di Malaysia, Xiaomi Mi Note 2 akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, pada harga RM2499. Ia boleh didapati bermula hari Sabtu ini, 29 April 2017.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd