TM Ingin Selesai Naik-Taraf Kelajuan Jalur-Lebar Menjelang Penghujung 2017

TM Ingin Selesai Naik-Taraf Kelajuan Jalur-Lebar Menjelang Penghujung 2017

Diterbitkan pada Apr 27, 2017 oleh .

Dibawah Belanjawan 2017, kerajaan telah mengumumkan untuk penawaran naik-taraf kelajuan talian jalur-lebar, dan sejak daripada itu, Telekom Malaysia telah memulakan penawaran naik-taraf secara berperingkat kepada pelanggan mereka.

Sejak awal tahun ini, sejumlah pelanggan telah menerima naik-taraf berkenaan, dan menurut Telekom Malaysia, sehingga kini seramai 22% daripada 640,000 pelanggan Unifi telah pun menerima naik-taraf jalur-lebar mereka.

Bercakap lanjut mengenainya, TM menyasarkan untuk menyelesaikan naik-taraf untuk semua pengguna secara berperingkat sebelum penghujung 2017 ini. Seperti biasa, naik-taraf kelajuan ini turut bergantung kepada penawaran rangkaian di sesuatu lokasi dan sokongan teknikal yang lain.

Walaubagaimanapun, sehingga kini ia tidak diketahui lagi mengenai penawaran lanjut untuk pelanggan Streamyx yang tidak menerima naik-taraf. TM sebelum ini pernah mengatakan bakal memperkenalkan pakej baru Streamyx sekitar Jun 2017 kelak.


TIPS & ULASAN