Carian
Kini Lebih Banyak Rakan Kerjasama GrabRewards Yang Menawarkan Ganjaran Apabila Anda Menggunakan Grab
April 27, 2017 Ikhwan Nazri

GrabRewards merupakan program ganjaran kesetiaan yang diberikan untuk pengguna Grab. Dengan setiap tempahan menggunakannya, pengguna akan menerima mata ganjaran yang boleh ditebus dengan pelbagai barangan dan juga perkhidmatan.

Kini setelah melalui fasa percubaan bermula akhir tahun lalu, dan menemui pengguna seawal bulan Februari dahulu, kini mereka mempunyai lebih banyak jenama dan rakan kerjasama yang menawarkan ganjaran. Anda mungkin pernah melihat tawaran dari Honestbee dan Mastercard, namun kini terdapat lebih banyak jenama yang anda boleh tebus ganjarannya termasuklah Tesco, Happy Fresh, myBurgerLab, Forever21, Flower Chimp, Zalora dan dahmakan.

Selain dari itu, program ganjaran GrabRewards ini akan aktif serta merta dan pengguna dapat melihat tahap keahlian mereka berdasarkan jumlah tambang yang dibelanjakan dalam tempoh 6 bulan terdahulu. Anda akan dikelaskan kepada Silver, Gold atau Platinum bergantung kepada jumlah perbelanjaan anda. Bagi pengguna yang mempunyai status Platinum, pengguna tersebut juga akan memperoleh keutamaan untuk mendapatkan tempahan kenderaan Grab.

Fungsi ini boleh diakses menerusi menu utama aplikasi ini dan anda perlu memastikan aplikasi anda dikemaskini kepada versi terkini bagi menerima ganjaran. Mata ganjaran anda juga boleh digunakan di negara-negara lain yang menyokong perkhidmatan Grab.

Komen