Acer Memperkenalkan Dua Komputer 2-Dalam-1 Dibawah Siri Switch

Acer Memperkenalkan Dua Komputer 2-Dalam-1 Dibawah Siri Switch

Diterbitkan pada Apr 28, 2017 oleh .

Acer pernah menggunakan nama siri-Switch sebelum ini untuk komputer riba dua-dalam-satu mereka sejak beberapa tahun lepas, namun pada 2016, mereka hanya memfokuskan kepada Acer Switch Alpha 12 selain Acer Switch V10. Kini, untuk tahun 2017 ini, pihak Acer hadir dengan pembaharuan, dan nampaknya akan memperkenalkan beberapa variasi lain dibawah nama siri ini.

Diperkenalkan hari ini adalah Acer Switch 5 dan juga Acer Switch 3. Ia membawakan perbezaan dari segi saiz dan juga beberapa ciri-ciri yang diintegrasikan. Acer Switch 3 hadir dengan skrin 12-inci, sementara Acer Switch 5 pula menggunakan skrin 15-inci.

Acer Switch 5 hadir dengan cip pemprosesan generasi ketujuh Intel, dalam variasi Intel Core i7 dan juga i5 – sementara Acer Switch 5 pula hadir dalam variasi menggunakan cip Intel Pentium atau Celeron.

Acer Switch 5

Acer Switch 5 hadir dengan ciri tambahan seperti pengimbas cap jari yang diintegrasikan, sokongan Windows Hello, dan turut menyertakan kebolehan penyejukan cecair Liquid Loop seperti terdapat pada Acer Switch Alpha 12 sebelum ini. Disamping itu, pengguna turut boleh melakukan input penulisan melalui Acer Active Stylus.

Kedua-dua komputer dua-dalam-satu ini turut menyertakan sokongan kickstand terbina untuk memudahkan ia didirikan, selain turut hadir dengan papan kekunci yang boleh dihubung dan ditanggalkan.

Kedua-dua komputer hibrid ini dijangka akan dipasarkan bermula pertengahan 2017 ini.


TIPS & ULASAN