Acer Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Memfokuskan Kecergasan – Leap Ware

Acer Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Memfokuskan Kecergasan – Leap Ware

Diterbitkan pada Apr 28, 2017 oleh .

Bersama-sama pengenalan komputer riba baru, pihak Acer juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan salah satu jam tangan pintar terbaru mereka dengan fokus terhadap kecergasan, dinamakan sebagai Acer Leap Ware.

Acer Leap Ware

Acer Leap Ware hadir dengan skrin bulat bersaiz 1.1-inci dengan sokongan sentuhan, selain dilengkapi sokongan sensor pemantauan kesihatan, dan juga sokongan kalis air.

Melaluinya pengguna boleh memantau langkah perjalanan, kadar denyutan nadi, memantau aktiviti seperti larian dan menungang basikal, serta pada masa yang sama menghubungkan ia kepada sebuah aplikasi khusus untuk melihat pelbagai data dan membandingkan ia bersama rakan-rakan lain.

Maklumat penuh mengenai jam tangan pintar ini masih menjadi tanda tanya buat masa ini, termasuk apakah ia akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN