Acer Memperkenalkan Kamera 360-darjah Holo 360 Dengan Skrin Terbina Dan Sokongan Selular

Acer Memperkenalkan Kamera 360-darjah Holo 360 Dengan Skrin Terbina Dan Sokongan Selular

Diterbitkan pada Apr 28, 2017 oleh .

Acer pada hari ini telah memperkenalkan sejumlah peranti baru, termasuk komputer riba dan sebuah peranti boleh-pakai. Meneruskan pengenalan produk untuk tahun 2017 ini, Acer turut mengumumkan sebuah kamera 36-darjah mereka tersendiri, dinamakan sebagai Holo 360.

Acer Holo 360

Acer Holo 360 merupakan salah satu kamera yang menyokong rakaman 360-darjah melaluinya, dan menariknya ia turut hadir dengan sebuah skrin terbina. Perkara ini membolehkan gambar atau video yang dirakamkan, diproses terus pada peranti berkenaan, dan pengguna turut boleh melihat hasilnya pada kamera berkenaan.

Acer Holo 360

Acer Holo 360

Acer Holo 360

Acer Holo 360 turut hadir dengan sokongan selular, membolehkan pengguna bukan sahaja boleh berkongsi hasil rakaman terus ke laman sosial, tetapi turut menggunakan kamera ini untuk membuat panggilan telefon.

Acer masih tidak berkongsi mengenai tarikh jualan dan harga untuknya buat masa ini.


TIPS & ULASAN