Acer Menambah Dua Lagi Komputer Riba Bersaiz Nipis – Swift 1 Dan Swift 3

Acer Menambah Dua Lagi Komputer Riba Bersaiz Nipis – Swift 1 Dan Swift 3

Diterbitkan pada Apr 28, 2017 oleh .

Acer sebelum ini sedia memperkenalkan komputer riba bersaiz nipis mereka tersendiri, dinamakan Acer Swift 7 dan juga Acer Swift 5. Hari ini, pada acara khas di New York, Acer menambah penawaran komputer riba nipis mereka lagi, dan telah mengumumkan Acer Swift 1 dan juga Acer Swift 3.

Acer Swift 1

Acer Swift 1 hadir dengan skrin 13.3-inci, dilengkapi cip Intel Celeron atau Pentium generasi ketujuh, memori 4GB RAM, dan masa bertahan bateri sehingga 10 jam.

Acer Swift 3

Acer Swift 3 pula turut hadir dengan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam, dilengkapi cip pemprosesan dalam pilihan Core i3, Core i5, dan Core i7. Komputer riba ini juga turut hadir dengan integrasi kad grafik NVIDIA GeForce bersama dengannya, memori sehingga 8GB RAM, dan menyokong storan berasaskan SSD 512GB atau 1TB HDD.

Untuk Acer Swift 3 juga, pihak Acer menawarkan edisi khusus dinamakan Acer Swift 3 Special Edition yang hadir dengan rekaan kerangka berasaskan kaca padanya.

Kedua-dua komputer riba ini dijangka dipasarkan bermula bulan Jun di beberapa negara terpilih.


TIPS & ULASAN