Cari @ Amanz

Acer sedia menggunakan teknologi penyejukan berasaskan cecair dinamakan Liquid Loop pada beberapa produk mereka, dan kini teknologi sama turut diintegrasikan pada komputer semua-dalam-satu terbaru mereka, Acer Aspire U27.

Acer Aspire U27

Komputer semua-dalam-satu sering menjadi pilihan untuk mereka yang mempunyai ruangan meja yang terhad, dan menjadikan meja mereka lebih tersusun. Aspire U27 ini menawarkan rekaan unibody yang nipis, selain turut menyertakan integrasi pengecaman wajah Windows Hello melaluinya. Disamping itu, pada bahagian belakang, Acer menyertakan subwoofer yang berkuasa untuk kualiti audio baik.

Spesifikasi penuh untuk komputer ini tidak diketahui lagi seperti penggunaan kad grafik dan sebagainya. Kita mungkin akan mengetahuinya apabila ia bersedia untuk dipasarkan dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd