Cari @ Amanz

Keluarga Acer Predator sedia membawakan harga yang tinggi, membuatkan beberapa pengguna tidak boleh mendapatkannya. Kini, sebagai alternatif untuknya, Acer hadir dengan Predator Helios 300 – menawarkan pemprosesan yang baik tetapi pada harga pertengahan.

Acer Predator Helios 300 hadir dalam variasi 15.6-inci dan 17.3-inci, serta membawakan beberapa elemen rekaan Predator – sedikit tebal, dan bukannya nipis seperti Triton 700 yang diumumkan hari ini.

Acer Predator Helios 300

Ia menggunakan kad grafik pilihan GeForce GTX 1060 atau 1050 Ti, selain digabungkan dengan penawaran cip pemprosesan sama ada Intel Core i7 atau i5. Pengguna juga boleh memilih penawaran memori sehingga 16GB RAM, dan storan gabungan SSD dan 1TB HDD.

Acer turut melengkapkan komputer riba ini dengan sokongan Dual AeroBlade 3D yang membolehkan kipas beroperasi dengan baik serta mengalirkan udara panas ke luar – sekaligus menawarkan prestasi yang baik sepanjang masa.

Melengkapkan komputer riba ini adalah penyertaan port USB-C, USB 3.0, USB 2.0, HDMI 2.0, serta sokongan Ethernet dan WiFi 2×2 802.11ac.

Acer akan menawarkan ia bermula bulan Julai ini pada harga bermula €1,199 (~RM5669).

Acer Predator Helios 300

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd