Cari @ Amanz

Sekitar dua minggu lepas, Apple telah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa di California untuk menguji kenderaan autonomi mereka tersendiri, dan kini beberapa gambar kenderaan yang sedang diuji oleh Apple hadir ke arena web.

Kereta Apple

Kenderaan yang digunakan adalah Lexus RX450h SUV yang dilengkapi dengan sejumlah sensor terbina untuk, termasuk sensor lidar 64-saluran, dua radar, dan juga beberapa kamera. Buat masa ini, ia dikatakan sensor yang digunakan adalah sensor yang dibeli daripada pengeluar, dan bukannya sebuah sensor khusus yang direka oleh Apple.

Pihak berkuasa di California memberikan kebenaran untuk Apple menguji tiga kenderaan di atas jalan raya pada awal bulan ini. Projek yang dikenali dengan nama Projek Titan ini telah melalui beberapa fasa sebelum ini. Apple sebelum ini dikatakan ingin membangunkan kereta mereka tersendiri, tetapi beralih strategi kepada membina perisian dan teknologi yang menguasakannya.

Apple sebelum ini turut pernah dikatakan berbincang dengan Volkswagen dan BMW untuk melesenkan teknologi yang dibangunkan Apple kepada mereka.

Di California, sejumlah syarikat sedang menguji kenderaan autonomi mereka, termasuk Alphabet dan beberapa syarikat lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd