Cari @ Amanz

Nama John McAfee sinonim dengan perisian anti-virus terpasang pada komputer-komputer Windows baru. Beliau tidak lagi bersama firma ini dan lebih dikenali dengan pelbagai kes melibatkan penggunaan dadah dan pembunuhan. Beliau sudah kembali ke Amerika Syarikat dan semalam berkongsi maklumat mengenai John McAfee Privacy Phone. Telefon pintar ini menurut beliau mempunyai tahap sekuriti tertinggi yang pernah dihasilkan.

John McAfee Phone

John McAfee Privacy Phone.dilengkapi pelbagai suis fizikal untuk mematikan WiFi, GPS, Bluetooth, kamera dan bateri. Ia juga kalis sistem menjejak selular IMSI seperti Stingray. Pelayar webnya mempunyai sistem awanama rawak yang mengelakkan pengguna menjadi sasaran iklan. Peranti ini akan hanya dijual pada penghujung tahun 2017 pada harga mencecah $1100. Walaupun masih belum dijual,John McAfee telahpun mengumumkan Privacy Phone 2 yang dipertingkatkan akan dilancarkan tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd