Cari @ Amanz

Di kalangan atlet e-sukan, tetikus tanpa wayar jarang sekali digunakan kerana mahu mengelakkan masalah sela masa. Ia mungkin tidak disedari oleh pengguna biasa tetapi bagi atlet profesional, sela masa beberapa mili saat membezakan kemenangan dan kekalahan. Razer hari ini melancarkan tetikus tanpa wayar Lancehead yang direka khas untuk kegunaan penggemar permainan video tegar.

Razer Lancehead mempunyai tahap keperincian sehingga 16,000 DPI menggunakan sisten laser 5G. Ia mampu mengesan pergerakan sehingga 210 inci sesaat. Terdapat sembilan butang yang boleh diprogramkan. Kerana ia produk Razer, sokongan sistem lampu Chroma dan perisian Synapse Pro turut disertakan. Razer Lancehead dijual pada harga $140 (~RM 608). Terdapat juga versi berwayar yang mampu mengesan pergerakan sehingga 450 inci sesaat dan ia dijual pada harga $80 (~RM 347).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd