Tekken 7 Di Barat Tidak Akan Mempunyai Watak Roger Jr Kerana Desakan Pencinta Haiwan

Tekken 7 Di Barat Tidak Akan Mempunyai Watak Roger Jr Kerana Desakan Pencinta Haiwan

Diterbitkan pada Apr 28, 2017 oleh .

Roger ialah watak kangaroo bijak bertinju yang sudah wujud di dalam siri Tekken sejak 1995. Watak ini sepatutnya kembali di dalam Tekken 7 yang akan dijual pada bulan Jun hadapan. Tetapi bagi peminat Tekken di Barat, watak Roger Jr tidak akan disertakan menurut penerbit eksekutif Katsuhiro Harada.

Pihak Bandai Namco terpaksa membuang watak ini di pasaran Barat kerana desakan dari kumpulan pencinta haiwan. Membenarkan watak haiwan dibelasah di dalam permainan video didakwa boleh mempengaruhi pemain untuk melakukan perkara yang sama di dunia sebenar. Aneh sekali watak beruang Kuma dikekalkan kerana menurut Katsuhiro Harada “beruang adalah lebih kuat berbanding manusia”.


TIPS & ULASAN