Cari @ Amanz

iPad Pro apabila digabungkan dengan Apple Pencil membolehkan artis menghasilkan karya digital semasa di luar studio. Ia sebuah sistem lengkap dan sudah terbukti dapat menghasilkan karya digital berkualiti. Tetapi keluhan utama pengguna kedua-dua peranti ini ialah kesukaran mengecas Apple Pencil. Stylus yang dicocok pada port Lightning iPad Pro mungkin patah sekiranya dilanggar.

Proback ialah kerangka iPad Pro yang memudahkan proses mengecas Apple Pencil dan pada waktu yang sama memberikan perlindungan dari hentakan. Terdapat tempat simpanan khas pada bahagian sisi untuk Apple Pencil yang mempunyai pengecas terbina. Dengan ini pengecasan dapat dilakukan dengan lebih selamat. Tubuh silikon ProBack mampu menyerap hentakan bagi mengelakkan kerosakan. Kerangka ini sedang mengumpul dana melalui Kickstarter dan boleh ditempah pada harga $39 (~RM `174).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd