Chrome Kelak Akan Memberikan Amaran Apabila Anda Membuat Input Pada Laman Web Tanpa HTTPS

Chrome Kelak Akan Memberikan Amaran Apabila Anda Membuat Input Pada Laman Web Tanpa HTTPS

Diterbitkan pada Apr 29, 2017 oleh .

Google Chrome sedia menambah label khusus yang menandakan sesuatu laman web berkenaan tidak selamat sekiranya mempunyai input kata laluan tetapi tidak menggunakan sokongan penyulitan HTTPS. Kini, dalam usaha memperluaskan lagi penggunaan HTTPS di web, Google Chrome 62 akan turut melabelkan sebarang web yang mempunyai input data – atau dalam erti kata lain memerlukan anda menaip sesuatu – sebagai tidak selamat sekiranya tidak mempunyai sokongan HTTPS.

Chrome 62 Note Secure

Bagi pembangun web, anda masih mempunyai tempoh yang lama untuk membuat peralihan ke HTTPS. Ini kerana, ciri ini akan hadir pada Chrome 62 yang dijadualkan pada bulan Oktober kelak.

Selain perubahan berkenaan, ketika menggunakan mod Incognito, ia akan melabelkan semua laman tanpa HTTPS sebagai “Not Secure” atau tidak selamat.

Perubahan ini dijangka akan menambah baik lagi kadar sekuriti dan penyulitan data di arena internet – apatah lagi dengan Chrome yang kini menjadi antara pelayar web yang digunakan secara meluas bukan sahaja pada desktop, tetapi juga pada peranti mudah-alih.


TIPS & ULASAN