Windows 10 Insider Terbaru Membolehkan Anda Pin Rakan Di Taskbar Untuk Komunikasi Pantas

Windows 10 Insider Terbaru Membolehkan Anda Pin Rakan Di Taskbar Untuk Komunikasi Pantas

Diterbitkan pada Apr 29, 2017 oleh .

Tidak lama sebelum ini, Microsoft telah memperlihatkan fungsi My People pada Windows 10. Selepas menangguhkan pengenalan ciri berkenaan pada Windows 10 Creators Update, kini Microsoft dilihat telah mengintegrasikan fungsi berkenaan pada Windows 10 Insider Preview terbaru.

Melalui fungsi My People pada Windows 10, ia membolehkan pengguna untuk pin akan rakan-rakan atau seseorang pengguna terus ke taskbar, dan sebuah ikon avatar mereka akan diperkenalkan.

Windows 10 Insider Preview

Pengguna seterusnya boleh berkomunikasi dengan lebih pantas bersama mereka yang tersenarai berkenaan – selain memudahkan lagi berbanding langkah biasa yang memerlukan pengguna membuka aplikasi berkaitan dan mencari pengguna berkenaan, seterusnya baru menghantar mesej.

Fungsi ini hanya hadir pada Windows Insider Preview sahaja buat masa ini, dan mungkin hadir kepada semua pengguna menjelang kemaskini September kelak.


TIPS & ULASAN