November tahun lalu Sony mengumumkan mereka telah berjaya menjual 30 Juta unit konsol PlayStation 4. Angka jualan konsol mereka kini telah meningkat sekali ganda ke 60 Juta unit sehingga 31 Mac yang lalu. Ini didedahkan di dalam laporan kewangan mereka semalam.
Pihak Sony kini mensasarkan angka jualan ini akan mencecah 78 Juta unit menjelang Mac 2018. Sasaran ini boleh dianggap rendah kerana mereka mungkin menjangkakan saingan dari konsol Project Scorpio keluaran Microsoft.