Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Project Scorpio pada penghujung tahun ini, Sony PlayStation 4 akan berhadapan dengan konsol yang cukup berkuasa. Dari beberapa maklumat yang telah dikongsi oleh Microsoft, Scorpio mampu memaparkan resolusi 4K secara natif pada kadar 60 FPS. PlayStation 4 Pro yang dilancarkan tahun lalu hanya mampu memaparkan resolusi 4K menggunakan teknik chequerboard pada kadar 30 FPS.

PlayStation 4Menurut laporan Wall Street Journal, ini mungkin memaksa Sony untuk melancarkan PlayStation 5 seawal separuh tahun kedua 2018. Laporan memetik penganalisa yang sebelum ini dengan tepat meramalkan pelancaran PlayStation 4 Pro dan PlayStation 4 Slim. Sekiranya menjadi kenyataan, PlayStation 4 mempunyai kitaran hidup yang terpendek dalam sejarah konsol PlayStation. Sebagai peringatan PlayStation 4 dilancarkan pada tahun 2013.

Sebelum ini Sony menanti tujuh tahun untuk menggantikan PlayStation 3 yang dilancarkan pada tahun 2006. PlayStation 3 pula menggantikan PlayStation 2 yang dilancarkan pada tahun 2000.  Akhir sekali PlayStation 2 menggantikan PlayStation yang dilancarkan pada tahun 1994.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd