Cari @ Amanz

ARM merupakan syarikat disebalik teknologi pemprosesan yang digunakan oleh kebanyakkan telefon pintar di pasaran pada hari ini. Kini, selain hanya untuk pasaran peranti mudah-alih, pihak ARM juga dilihat mula menceburi arena automotif.

Terkini, mereka telah memperkenalkan cip pemprosesan pengimejan (ISP) terbaru khusus untuk arena automotif melalui Mali-C71. ARM sendiri menggunakan penjenamaan “C” pada namanya yang melabelkan ia sebagai “Camera”, dan bertujuan untuk memprosesan rakaman gambar melalui kamera.

Menggunakan cip ini, ia bertujuan untuk digunakan pada kenderaan, membolehkan ia menganalisa semua pixel yang dilihat pada kamera, sekaligus membacanya dan membuat keputusan yang pantas ketika memandu. Dengan arena kenderaan autonomi yang berkembang pesat, semestinya cip daripada ARM ini akan menerima permintaan tinggi.

ARM ISP

Setiap cip pemprosesan Mali-C71 akan menyokong empat kamera dengan sokongan masa-nyata, dan dengan kenderaan autonomi dan terbaru yang menggunakan bilangan kamera banyak, kita boleh melihat lebih daripada satu cip Mali-C71 dalam kenderaan.

Buat masa ini, ia tidak menyasarkan penggunaan untuk kenderaan autonomi sepenuhnya, sebaliknya lebih kepada bantuan ketika meletakkan kenderaan, sistem rakaman kamera, dan sebagainya. Tetapi, ia masih tidak mustahil untuk menggunakannya untuk tujuan kenderaan autonomi.

Apa pun, dalam arena teknologi, memandangkan ARM kini turut mengeluarkan teknologi rekaan, ISP, selain daripada CPU dan GPU, tidak mustahil kita melihat pengeluar cip mengintegrasikan ketiga-tiganya dan menggunakan ia pada pelbagai jenis penawaran – termasuk pada telefon pintar. Dan dengan penggunaan cip ISP yang baik, kita mungkin melihat semua telefon pintar bersaing dengan baik dengan menawarkan kualiti rakaman gambar yang baik melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd