Huawei Mengakui Reaksi Awal Mereka Kepada Kemelut Storan P10 Perlahan Adalah Angkuh

Huawei Mengakui Reaksi Awal Mereka Kepada Kemelut Storan P10 Perlahan Adalah Angkuh

Diterbitkan pada Mei 1, 2017 oleh .

Tidak semua Huawei P10 dan P10 Plus menggunakan storan yang sama. Kerana masalah kekurangan storan di pasaran, sesetengah peranti kamera berkembar ini didapati menggunakan storan eMMC yang lebih perlahan berbanding UFS. Reaksi awal Huawei ialah mengatakan perisian mereka telah dioptimasi bagi memberikan kemampuan yang setara pada peranti dengan storan berbeza.

Walaubagaimanapun reaksi dari pengguna adalah negatif kerana mereka tidak diberitahu lebih awal mengenai pertukaran jenis storan pada peranti yang dibeli. Oleh itu pihak Huawei menerusi Richard Yu mengeluarkan kenyataan menerusi laman Weibo yang mengakui reaksi mereka kepada kemelut ini adalah “angkuh”. Pihak mereka akan mengambi iktibar dari insiden ini agak tidak lagi mengambil jalan pintar dalam penghasilan peranti utama di masa hadapan.

Huawei juga akan membuka “pasukan petugas mendengar pelanggan” bagi mendapatkan reaksi dari pelanggan. Sungguhpun begitu masih tiada maklumat program peranti gantian akan diadakan bagi menggantikan peranti yang menggunakan storan eMMC.


TIPS & ULASAN