Carian
Malware Baru Dinamakan Dok Kini Tersebar Menyasarkan Pengguna Mac
May 1, 2017 Aman

Dari hari ke hari, angka malware untuk platform Mac semakin meningkat, dan terkini sebuah serangan malware baru hadir, dinamakan sebagai Dok. Daripada info awal, ia menyertan semua versi OSX yang digunakan pengguna, dan melepasi imbasan VirusTotal, selain halangan yang disediakan oleh Apple.

Dok ini menyasarkan pengguna melalui serangan emel, dimana ia menyertakan sebuah fail berbentuk *zip. Apabila pengguna membuka fail berkenaan, ia memaparkan mesej fail berkenaan tidak boleh dibuka – tetapi pada masa yang sama membuat salinan ke sistem komputer anda. Seterusnya, selepas seketika, ia akan memaparkan mesej untuk kemaskini sistem operasi dan meminta kata laluan pengguna untuk komputer berkenaan. Sebaik sahaja pengguna memasukkan kata laluan mereka, ia akan membuat perubahan pada tahap pentadbir komputer – dan menyerang komputer pengguna.

Seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk tidak membuka sebarang fail daripada penerima yang tidak dikenali pada komputer anda.

Komen