Rovio Hadir Dengan Permua Kapal Perang, Battle Bay

Rovio Hadir Dengan Permua Kapal Perang, Battle Bay

Diterbitkan pada Mei 1, 2017 oleh .

Rovio merupakan nama yang tidak asing dalam arena permua, dimana salah satu permainan yang terkenal daripada mereka adalah Angry Birds. Selain daripadanya, mereka juga mempunyai beberapa permainan lain untuk Android dan iOS, termasuk salah satu yang kini menjadi fokus mereka, Battle Bay.

Battle Bay merupakan permua multi-player masa-nyata yang dibawakan oleh Rovio, dimana pemain akan mengawal sebuah kapal laut perang, dan perlu menembak dan memusnahkan kapal perang musuh. Setiap pasukan dilengkapi dengan lima pemain, dan setiap permainan dilihat mengambil masa sekitar 3-5 minit lamanya.

Battle Bay

Seperti permainan lain, pengguna juga boleh menaik-taraf watak mereka dengan peluru dan senjata yang berkuasa dari satu tahap ke tahap yang lain.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini di Android dan iOS. Rovio dijangka melancarkannya secara umum pada 4 Mei kelak, tetapi ia dilihat telah boleh dimainkan oleh pengguna tempatan.

Muat-Turun Battle Bay untuk Android

Muat-Turun Battle Bay untuk iOS


TIPS & ULASAN