Carian
Samsung Menerima Kebenaran Untuk Menguji Kenderaan Autonomi Di Jalan Raya Korea Selatan
May 1, 2017 Aman

Arena kenderaan autonomi atau kenderaan yang dipandu secara sendirinya menjadi salah satu fokus ramai dalam arena teknologi. Sebelum ini, kita sedia melihat Google menguji kenderaan mereka, selain Apple juga telah memulakan ujian mereka baru-baru ini. Kini, tidak ketinggalan adalan Samsung yang hari ini dilaporkan telah menerima kebenaran pihak berkuasa Korea Selatan untuk membuat ujian rintis kenderaan autonomi mereka di jalan raya.

Samsung dilaporkan merancang untuk membangunkan sensor dan modul komputer yang disokong oleh kecerdasan buatan serta pembelajaran mesin dalam menambah-baik kebolehan ia memandu secara sendirinya – termasuk dalam cuaca yang mencabar.

Samsung dilaporkan menggunakan kenderaan komersial Hyundai untuk tujuan berkenaan, dan seperti biasa menggunakan sensor dan kamera terkini untuk tujuan berkenaan.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Samsung akan memperkenalkan teknologi mereka itu secara rasminya. Selain daripada Samsung, di Korea Selatan, Hyundai sendiri turut mempunyai kebenaran untuk menguji kenderaan autonomi mereka di jalan raya.

Komen