Microsoft Mungkin Menawarkan Kemaskini Pelayar Web Edge Melalui Windows Store

Microsoft Mungkin Menawarkan Kemaskini Pelayar Web Edge Melalui Windows Store

Diterbitkan pada Mei 2, 2017 oleh .

Sejak pengenalan Windows 10, Microsoft sangat memfokuskan dalam mempromosi pelayar web Microsoft Edge mereka. Walaubagaimanapun, kemaskini untuk pelayar web berkenaan adalah sangat terhad dan tidak seperti pelayar web lain dipasaran seperti Chrome dan Firefox, dimana ciri baru ditambah dari bulan ke bulan.

Untuk Microsoft Edge pula, kemaskini baru hanya ditawarkan melalui kemaskini naik-taraf Windows 10 – yang mana ditawarkan dua kali setahun.

Kini, hadir desas-desus baru mengatakan Microsoft mungkin mengubah cara berkenaan, dan menawarkan kemaskini untuk Microsoft Edge melalui Windows Store. Perkara ini sekaligus membolehkan mereka menawarkan kemaskini baru dengan lebih pantas, dan mengintegrasikan ciri-ciri serta sokongan web baru lebih laju.

Microsoft menjadualkan sebuah acara khas dinamakan #MicrosoftEDU pada malam ini, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN