Cari @ Amanz

Facebook sedia terkenal sebagai laman sosial terkemuka, malah turut mempermudahkan para penjual atas-talian untuk memasarkan produk mereka. Kini, selain hanya untuk penjual atas-talian, Facebook turut menguji fungsi dinamakan Facebook Rewards yang menyasarkan membawa pengguna kepada kedai-kedai fizikal.

Melalui apa yang diuji, ia dilihat Facebook menyediakan sebuah kod QR melalui Facebook Rewards, dan pengguna boleh mengimbas ia ketika membuat pembelian di kedai-kedai terpilih, sekaligus menerima ganjaran melaluinya.

Facebook Rewards

Dengan langkah ini, Facebook turut boleh mengumpulkan lebih banyak data mengenai pengguna seperti pembelian barangan di dunia nyata. Selain itu, pada masa yang sama ia boleh membantu membawa pengunjung dari arena digital ke kedai pemilik perniagaan.

Untuk pengguna juga, ia akan secara tidak langsung akan lebih mudah menguruskan ganjaran yang diterima – memandangkan ia kelak boleh dilakukan semua menggunakan aplikasi Facebook sahaja.

Buat masa ini, Facebook mengesahkan ujian fungsi Facebook Rewards ini, dan mengatakan ia diuji secara kecilan sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada fungsi ini akan diperkenalkan secara rasmi untuk semua atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd